Wednesday, 23 February 2011

Perpaduan Guru Menjamin Gagasan 1 Malaysia

     Jenuh berbahas, sampai otak aku dah jam. Tajuk bahas tu pon wat kitaorang pening kepala. plak tu nak kena bahas bende yang sama sampai dua kali. Penat sangat2.

     selain tajuk ni, de lagi 4 tajuk len. yg ni pon abis perah otak nak cri isi, sediakan hujah pe sume. lagi la nk cri tuk tajuk2 len tuh.

 It's gonna be one tough battle 4 me!

Tuesday, 22 February 2011

Antara Dua

13 Jan '11
     Menerima makluman bahawa diri ini adalah salah seorang yang terpilih untuk mewakili daerah dalam pertandingan bahas guru 2011. MasyaAllah. Terkejut. Amat.

23 Feb '11
Sesi peserta yang terpilih berkampung dan berbincang tentang isi kandungan bahas, etc.

     Ya Allah, sibuk sangat. Jadi guru tingkatan dah satu hal. Kerja-kerja pengurusan, itu tak perlu aku nak ulas lebih lanjut. Tak pernah habis. Guru sesi petang pulak tak cukup. Dorang dah cukup terbeban dengan kerja yang berlambak-lambak. Aku tak nak tambah beban tu. Budak-budak kelas aku lagi kesian, asyik kena tinggal lah jawabnya. Tengok schedule latihan bahas pe sume, penuh terisi bulan Mac ni. Jenuh la nak kejar silibus pas ni. Adoii!

     Jauh di sudut hati, aku ingin merasai pengalaman itu. Namun, aku tak mahu menjadi seorang yang mementingkan diri.

     Patutkah diri ini meneruskan atau meminta untuk menarik diri? Jika diteruskan, kasihanlah pada mereka yang bakal menanggung kesan akibat ketiadaanku.

     Dan jika menarik diri, mungkinkah aku akan mendapat kembali peluang seperti ini??

1st Entry: Terlalu Banyak Rasanya

 Dengan lafaz Bismillah, diri ini memulakan bicara


Dua tahun Dua bulan (Nov 08 - Dis 10)

        Tempoh yang sepintas lalu kedengarannya dan kelihatannya tidaklah terlalu lama. Bagiku, dalam tempoh masa itu sudah terlalu banyak yang sudah ku tempuhi. Kedengaran klise, sudah tentunya, namun ia benar.
         Melangkah ke 2011, aku diberi tugas dan tanggungjawab yang lebih kurang sama seperti tahun lepas. Akan tetapi, daripada pengamatan (03 Jan - 21 Feb '11), terasa seperti bebanan itu bertambah. Semakin banyak. Bukan perasaan  semata-mata. Hakikat.
        Seperti biasa, aku cuba menyediakan diri untuk menghadapi apa jua tugasan yang telah dan bakal diterima. Berdoa dan berharap agar mampu melaksanakan kesemua amanah yang diletak di atas bahu ini. InsyaAllah