13 Jan '11
Menerima makluman bahawa diri ini adalah salah seorang yang terpilih untuk mewakili daerah dalam pertandingan bahas guru 2011. MasyaAllah. Terkejut. Amat.
23 Feb '11
Sesi peserta yang terpilih berkampung dan berbincang tentang isi kandungan bahas, etc.
Ya Allah, sibuk sangat. Jadi guru tingkatan dah satu hal. Kerja-kerja pengurusan, itu tak perlu aku nak ulas lebih lanjut. Tak pernah habis. Guru sesi petang pulak tak cukup. Dorang dah cukup terbeban dengan kerja yang berlambak-lambak. Aku tak nak tambah beban tu. Budak-budak kelas aku lagi kesian, asyik kena tinggal lah jawabnya. Tengok schedule latihan bahas pe sume, penuh terisi bulan Mac ni. Jenuh la nak kejar silibus pas ni. Adoii!
Jauh di sudut hati, aku ingin merasai pengalaman itu. Namun, aku tak mahu menjadi seorang yang mementingkan diri.
Patutkah diri ini meneruskan atau meminta untuk menarik diri? Jika diteruskan, kasihanlah pada mereka yang bakal menanggung kesan akibat ketiadaanku.
Dan jika menarik diri, mungkinkah aku akan mendapat kembali peluang seperti ini??
No comments:
Post a Comment