Bersyukurnya aku sekiranya dapat menarik keluar atau menghilangkan sifat degil yang sudah sebati dalam diri ini. Aku tidak mahu sifat degil ini, tatkala ia datang dan mengatasi kewarasan, melukakan hati orang lain yang akhirnya akan melukakan hati aku sendiri.
Secara jujur aku katakan, aku tidak mahu ada sifat itu dalam diri. Kadang-kadang tertanya-tanya, asal ia datang dan menghuni diri. Apa pun, aku tidak pernah lekang berusaha untuk memastikan agar diri ini tidak terikut-ikut dengan sifat itu. Namun, ada saatnya aku tewas.
Oleh itu, aku memerlukan dan mengharapkan orang sekeliling - keluarga, sahabat, teman dan taulan - yang bisa memahami dan menegur apabila kedegilan itu sudah menguasai diri dan membuatkan aku tidak mampu untuk berfikir dengan penuh berhemah dan bijaksana, dan tidak mampu lagi untuk menilai mana yang baik dan sebaliknya.
Pada yang pernah terkesan dengan kedegilan diri ini, sudilah kiranya memaafkan kekhilafan dan kekurangan diri ini. Mohon untuk terus sudi menegur apa yang kurang.
"I've hurt sumbody's feeling dis early morning with my stubbornness & I know dat my life wud never be d same again..not for quite sum times. hmmm..."
No comments:
Post a Comment